Disember 12, 2014

Kejohanan Sukan dan Balapan SUPERB 2014

Tempat : Padang Utama dan Grand Stand (ASTAKA)
Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Sukan dan Balapan SUPERB 2014. Tema hari sukan pada tahun ini ialah Temasya Sukan Merdeka SUPERB. Tahniah diucapkan kepada Rumah Al-Battani (Hijau) kerana berjaya menjadi johan keseluruhan Kejohanan Sukan dan Balapan tahun 2014 diikuti dengan Rumah Al-Biruni (Biru) , Rumah Al-Zarqali (Merah) dan Rumah Al-Farabi(Kuning) . Tahniah diucapkan . Semoga aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang berdaya saing dan mantap dari segi kokurikulumnya.



Kontinjen Rumah Al-Zarqali megah berdiri dengan temanya , Pejuang Tempatan.


Kontinjen Rumah Al-Battani bersemangat sekali dengan tema mereka , Tentera Wataniah 

Kontinjen Rumah Al-Farabi memilih untuk bertemakan Rentap , Pejuang Sarawak.

Kontinjen Rumah Al-Biruni kelihatan lebih kontemporari dengan tema mereka The Avengers

Sukantara SUPERB 2014

Tempat : Padang Utama dan Grand Stand (ASTAKA) SUPERB
Alhamdulillah selesai sudah sukantara SUPERB 2014. Sukantara ini diadakan untuk menapis atlet dari setiap rumah untuk dipertandingkan pada hari sukan nanti.Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang menyertai sukantara ini untuk mewakili rumah masing-masing.


Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-57

Merdeka sudah bumi tanah air kita selama 57 tahun.Semoga sambutan kemerdekaan ini mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga SUPERB.

Ujian Mendengar / Listening Test PT3 2014

Tempat : Dewan Perdana SUPERB
Tarikh : 12 Hingga 13 Ogos 2014
Alhamdulillah selesai sudah Ujian Mendengar dan Listening Test untuk Pentaksiran Tingkatan 3 2014. Semoga para pelajar Tingkatan 3, Batch EON 99 terus meningkatkan kecemerlangan dalam ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 nanti.



Kursus Kepimpinan dan Jati Diri Pemimpin Pelajar SUPERB 2014

Tempat : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Kursus yang bertempat di USIM ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan para pelajar serta memperkasa badan-badan kepimpinan di SUPERB yang terdiri daripada Lembaga Pengawas , Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) , Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) , Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) . Semoga program seperti ini akan melahirkan generasi pemimpin yang mapan dan berkebolehan.




Disember 10, 2014

Pesta Buah-Buahan Tempatan SUPERB 2014

Tempat : Dataran Ilmu SUPERB
Tarikh : 7 Ogos 2014
Pesta buah-buahan merupakan salah satu program sekolah yang memberikan peluang kepada para guru dan pelajar untuk meluangkan masa menikmati buah-buahan tempatan yang disediakan.Alhamdulillah program ini dapat dijalankan dengan lancar sekali.
Pelbagai buah-buahan tempatan disediakan untuk para guru dan pelajar.

Peperiksaan Percubaan SPM 2014

Tempat : Dewan Perdana SUPERB
Didoakan anak-anak sulung SUPERB para pelajar tingkatan 5 , batch Valours 1314 akan terus memberikan saingan yang kuat dan hebat di peringkat SBP dan Kebangsaan dalam SPM 2014.
Man Jadda Wajada , Siapa yang berusaha , dia yang berjaya ! Para pelajar tingkatan 5 kelihatan begitu khusyuk menjawab Peperiksaan Percubaan Selaras SBP 2014

Alhamdulillah , berkat komitmen dan doa para guru dan para pelajar , SUPERB berjaya menempatkan diri di tempat pertama SBP dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2014 dengan Gred Purata Sekolah 2.65 dengan Peratus Lulus 98.16.Alfun Mabrur!

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie SUPERB 2014

Tarikh : 23 Julai 2014
Tempat : Surau Raudhatul Faalihin SUPERB
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ie ini merupakan acara kemuncak Program Ihya Ramadan SUPERB 2014.Alhamdulillah majlis ini dapat berjalan dengan begitu lancar sekali . Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan AJK Pelaksana yang memberikan komitmen yang tinggi kepada pelaksanaan program ini.
Majlis Khatam Al-Quran yang turut disertai oleh guru-guru SUPERB dan juga para pelajar.

Majlis Penyampaian Anugerah Pengetua SUPERB 2014

Tempat : Dataran Ilmu SUPERB
Tarikh : 21 Julai 2014
Majlis ini diadakan untuk memberi penganugerahan tertinggi Ayahanda Pengetua khas untuk para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.Anugerah ini juga diharapkan dapat memberikan dorongan kepada para pelajar lain untuk bersaing mencapai kecemerlangan.
Suasana ketika majlis diadakan.


Program Ihya' Ramadan SUPERB 2014

Tempat : Sekitar SUPERB
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan murid-murid SUPERB dalam mendalami bulan yang penuh kemuliaan yakni bulan Ramadan . Semoga program seperti ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah yang Maha Esa.

Kelihatan kecerian para pelajar SUPERB berbuka puasa bersama-sama


Solat Terawikh bersama Imam Muda Palestin merupakan salah satu acara dalam Program Ihya' Ramadan SUPERB . Gambar di atas merupakan Gambar Imam Muda Palestin (di tengah-tengah) bergambar bersama Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SUPERB.

Ramadan Kareem @ SUPERB

Tempat : Sekitar SUPERB
Ramadan kali ini menjelma lagi . Ramadan Kareem ! Ramadan Al-Mubarak! Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan yang paling mulia dalam islam ini.

Solat Terawikh dilaksanakan untuk menyuburkan keimanan para pelajar SUPERB agar dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T


Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) juga berjalan seperti biasa pada bulan Ramadan



Majlis Penutupan Minggu Sains Vokasional dan Pelancaran TIMSS SUPERB 2014

Tempat : Dewan Perdana SUPERB
Alhamdulillah selesai juga Minggu Sains , Teknik dan Vokasional . Program yang bertujuan untuk melahirkan teknokrat yang berintelektual tinggi khususnya dalam bidang sains dan matematik ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif kepada perkembangan akademik anak-anak murid SUPERB.Tahniah diucapkan kepada Rumah Al-Zarqali (Rumah Merah) kerana berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Minggu Sains , Teknik dan Vokasional (Votek) 2014. Majlis ini juga diselitkan dengan pelancaran TIMSS iaitu The Trends in International Mathematics and Science Study khas untuk para pelajar tingkatan 2 2014. Tahniah diucapkan kepada SUPERB kerana berjaya terpilih untuk bersaing di dalam TIMSS peringkat kebangsaan.Semoga SUPERB dapat memberikan daya saing yang hebat dalam peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Pertandingan Bahas Akhir Piala Perdana Menteri 2014

Tempat : PICC , Putrajaya
Tarikh : 28 Jun 2014
SUPERB hanya menghantar wakil untuk menonton Pertandingan Bahas Akhir Piala Perdana Menteri 2014. Tahniah diucapkan kepada The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) kerana berjaya menjuarai kedua-dua bahas Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris yang dipertandingkan. Semoga SUPERB dapat mengikut jejak langkah MCKK untuk menjadi Juara ! InsyaAllah.
Kelihatan suasana pertandingan bahas akhir PPM 2014 yang cukup sengit.

Program Runding Cara Para Pelajar Tingkatan 5 2014 (Al-Liqa' Maa'l Waalidain)

Tempat : Dewan Perdana SUPERB
Tarikh : 27 Jun 2014
Program Runding Cara Para Pelajar Tingkatan 5 adalah bertujuan untuk membuka ruang diskusi antara pihak ibu bapa para pelajar dan juga pihak guru . Hal ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui perkembangan akademik dan potensi anak-anak yang menuntut di SUPERB. Program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan potensi akademik para pelajar SUPERB khususnya para pelajar tingkatan 5 yang merupakan generasi perintis SPM SUPERB .
Ayahanda Pengetua SUPERB , Tuan Karudin bin Kamarul Zaman juga turut turun padang ketika program berlangsung.

Disember 09, 2014

Program Nilam Galakan Membaca 2014

Tempat : Dataran Perhimpunan SUPERB
Bertepatan dengan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-'Alaq ayat pertama bermaksud , "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipatakan sekalian makhluk" , SUPERB telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) untuk menggalakkan pembacaan dalam amalan seharian para pelajar SUPERB. Program ini dijalankan pada setiap minggu pada hari rabu.Para pelajar dikehendaki membawa buku ilmiah untuk ditelaah dan dibaca . Masa diperuntukkan ialah 15 hingga 20 minit.Semoga inisiatif ini memberikan impak dalam kecemerlangan anak-anak didik SUPERB
Para pelajar khusyuk membaca buku-buku ilmiah masing -masing.

Fully Residential School English Carnival 2014

Tarikh : 19 hingga 22 Jun 2014
Tempat : SM Sains Kuala Terengganu (SESTER)
Alhamdulillah , SUPERB telah menghantar 4 orang wakil yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 4 untuk menyertai Fully Residential School English Carnival 2014 yang bertempat di SM Sains Kuala Terengganu . Semoga penyertaan ini mampu menaikkan nama SUPERB dalam peringkat SBP serta memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SBP.
Para peserta SUPERB berinteraksi bersama pelajar SBP dalam slot-slot yang dijalankan. 

Hari Kebudayaan Bahasa Arab (HKBA) SBP Peringkat Kebangsaan 2014

Tempat : SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT) , Terengganu
SUPERB telah menghantar 4 orang wakil ke Hari Kebudayaan Bahasa Arab SBP Peringkat Kebangsaan 2014 bertempat di SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT) . Kontinjen Bahasa Arab ini terdiri daripada para pelajar tingkatan 5 . Semoga penyertaan ini mampu memperkasa dan mengukuhkan persaingan SUPERB di peringkat SBP dan juga meperkuat penguasaan bahasa arab melalui penyertaan kokurikulum.
Malam Kebudayaan Bahasa Arab yang gilang gemilang di SAHUT. Terdapat pelbagai persembahan menarik , antaranya , Kalam Jama'ie (Choral Speaking ) dan Dikir Arab.

Peserta Tahajji Sahihan (Spell-it-Right) , Lina Syahirah binti Aris dan Fitriyyah Layina Mohd Hanafi bersiap sedia mendengar dan menjawab soalan. Alhamdulillah saudari Fitriyah Layyina berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan mendapat tempat keempat.Tahniah diucapkan.

Peringkat Akhir Pertandingan Ilqa' Alqissah . SUPERB Berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Nabiqul Hakim bin Azuar . Alhamdulillah SUPERB memperoleh Tempat Kelima daripada sepuluh peserta akhir.

Saringan pertama Pertandingan Ilqa'Alqissah . Saudara Nabiqul (bejubah putih) berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Pertandingan Khat diwakili oleh saudara Muhd Hafzan Khalidi bin Azmal . Khat Thuluth bermotifkan daun telah pun dipersembahkan .

Galeri pameran arab yang penuh dengan kebudayaan arab.

Bengkel Cakna Kimia 2014

Tarikh : 22 Jun 2014
Tempat : Dewan Perdana SUPERB
Bengkel Cakna Kimia telah dianjurkan oleh panitia kimia SUPERB untuk memberikan pencerahan kepada para pelajar tingkatan 5 SUPERB untuk membuat persiapan rapi menjelang SPM 2014 khususnya dalam subjek Kimia. Penceramah Bengkel Cakna Kimia pada kali ini ialah penceramah jemputan , Puan Wan Noor Afifah Wan Yusoff. Beliau merupakan Guru Cemerlang Kimia Gred Khas C .
Para pelajar tingkatan 5 (Valours) tekun dan khusyuk mendengar ceramah yang diberikan

Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Bentong 2014

Tempat : SMK Seri Bentong
Tarikh : 17 Jun 2014
Pada hari ini , SUPERB telah menghantar wakil ke SMK Seri Bentong untuk menyertai Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Bentong 2014 . Walaupun mendapat tempat keempat kerana kesalahan teknikal , tetapi persembahan yang dipersembahkan tetap memuaskan .
Kontinjen English Drama SUPERB lincah mempersembahkan drama mereka

Bengkel Kimia Peringkat Daerah Bentong

Tempat : SMK Karak Setia , Karak , Bentong
Tarikh : 17 Jun 2014
Bengkel Kimia Peringkat Daerah Bentong telah diadakan di SMK Karak Setia pada 17 Jun 2014. Bengkel ini bertujuan meningkatkan prestasi anak-anak murid di sekitar daerah bentong dalam subjek kimia.Pelbagai pendedahan dan teknik menjawab telah diterangkan oleh penceramah jemputan , Encik Zulkifli Mahmood.Sebahagian pelajar tingkatan 5 telah terpilih menyertai bengkel ini.

Para pelajar SUPERB memenuhi barisan hadapan dalam bengkel tersebut.

Mei 30, 2014

Hari Guru SUPERB Kali Kedua 2014

Tempat : Dataran dan Dewan Perdana SUPERB
Tarikh : 26 Mei 2014
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua murabbi SUPERB yang tekun mengajar para pelajar SUPERB.Semoga dengan keikhlasan guru-guru mengajar akan lahirlah pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.