Januari 31, 2013

Pendaftran Pelajar Baru Tingkatan 4 2013

29 Januari 2013 - Sekali lagi warga SM Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) menerima ahli keluarga baru. Kali ini SUPERB menerima kumpulan pertama pelajar tingkatan 4. Semoga kehadiran pelajar-pelajar ini akan menyemarakkan lagi program dan aktiviti SUPERB. Warga SUPERB memohon maaf kepada semua ibubapa pelajar, diatas segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku sepanjang hari pendaftaran tersebut.















Januari 22, 2013

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 4 / 2013

Tarikh : 29 Januari 2013 | Hari : Selasa
Tempat : Dewan SUPERB


Untuk mengetahui keperluan dan harga sila ke halaman senarai keperluan. 

Terima kasih

Januari 18, 2013

Majlis orientasi pelajar haru tingkatan 1

SUPERB - Usai pendaftaran sekolah dan asrama semua pelajar tingkatan satu perlu menlalui minggu orientasi selama dua minggu. Antara matlamat minggu orientasi ini adalah supaya pelajar-pelajar ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di SUPERB.












Peubahan Demi Perubahan

SM Agama Persekutuan Bentong atau ringkasnya SMAP Bentong mula dibuka pada Jun 2012 dengan segala kekurangan dan kelemahan. Namun kini setelah melalui pahit getir sebagai sebuah sekolah yang baru, SM Agama Persekutuan Bentong atau SUPERB (singkatan baru bagi menggantikan SMAP Bentong) mula mengorak langkah untuk menjadi antara sekolah berasrama penuh yang terbaik di Malaysia.

Perubahan Nama Singkatan dari SMAP kepada SUPERB (Melangkaui Kecemerlangan) menjadi titik tolak kepada usaha untuk memperkasakan sekolah ini pada masa akan datang.

Gandingan Mantap Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar SUPERB bakal memacu kecemerlangan SUPERB, insyaallah.

Sejajar dengan perubahan nama singkatan sekolah, maka seharusnya lisan rasmi sekolah di alam maya ini juga berubah. Justeru, kini SUARA SMAPERB dengan rasminya bertukar kepada SUARA SUPERB.
Adalah diharapkan SUARA SUPERB dapat menjadi saluran terbaik untuk sesiapa sahaja mengetahui tentang SUPERB. Bukan sahaja berubah dari segi nama, tetapi insyaallah akan turut berubah dari segi pengisian di dalamnya yang akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa.

Apa yang pasti perubahan demi perubahan akan berlaku terhadap SUPERB.... bermula dengan merangkak, bertatih, perlahan-lahan berlari dan klimaksnya sudah tentu memecut laju menuju hala tuju bagi mencapai VISI dan MISI yang diharapkan.

Januari 17, 2013

ALIRAN YANG DITAWARKAN UNTUK MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)DI SM AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG

Sebagai panduan dan pengetahuan umum, SM Agama Persekutuan Bentong hanya menawarkan satu aliran sahaja iaitu ALIRAN SAINS AGAMA dimana matapelajarannya adalah seperti berikut :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Fizik
7. Kimia
8. Biologi
9. Pendidikan Al-Quran Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiyah
11. Bahasa Arab Tinggi
12. Pendidikan Jasmani Kesihatan
13. Pendidikan Sivik
14. *Bahasa Antarabangsa (Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Cina Komunikasi)

      * Tidak ditawarkan  kepada pelajar baru 

Pendaftaran pelajar baru tingkatan 1

pendaftaran Pelajar baru tingkatan 1 pada 2 Jan 2013 telah berjalan dgn lancar.
Warga SUPERB mengalu alukan kedatangan pelajar baru.