Berita Terkini

🏆TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆Khamis (5/11/2026)Seluruh warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Anis Habriyah binti Muhammad Fahmirauf, murid Tingkatan 3 Ibnu Majah, atas kejayaan menerima Anugerah Bintang Emas.Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas pencapaian cemerlang beliau dalam Pertandingan Bicara Buku Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026, yang telah disampaikan bersempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Digital dan Teknologi Daerah Bentong Tahun 2026.Kejayaan ini membuktikan bahawa minat terhadap ilmu, budaya membaca serta keberanian menyampaikan idea mampu melahirkan murid yang berkeyakinan dan berpotensi tinggi.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga SUPERB.Syabas Anis Habriyah! Teruskan melangkah dengan penuh yakin, menyerlahkan potensi diri dan mengharumkan nama sekolah. 💜💛 …
View on Facebook (opens in a new tab)
🏆 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN PENGHARGAAN 🏆Khamis (5/11/2026)Warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Ustaz Ahmad Mawardi bin Abd Rahman atas kejayaan menerima Anugerah Ikon Guru Digital (Kategori Guru Teknologi Pendidikan Digital).Pengiktirafan ini telah disampaikan bersempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Digital dan Teknologi Daerah Bentong Tahun 2026.Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan beliau dalam memperkasa penggunaan teknologi digital serta membudayakan inovasi dalam bidang pendidikan.Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus meneroka, berinovasi dan melestarikan kecemerlangan pendidikan digital demi melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.Tahniah Ustaz Ahmad Mawardi!Teruskan menginspirasi, mencetus inovasi dan mengangkat kecemerlangan SUPERB! 💜💛 …
View on Facebook (opens in a new tab)
🏆 ALHAMDULILLAH, TAHNIAH SUPERB! 💜💛Khamis (5/11/2026)Alhamdullilah dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) atas kejayaan memperoleh ANUGERAH EMAS PEMBUDAYAAN DELIMa (Kategori Sekolah Menengah) sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Digital dan Teknologi Daerah Bentong 2026 yang telah berlangsung semalam.Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan terhadap usaha berterusan dan komitmen seluruh warga sekolah dalam memperkasa pembudayaan pendidikan digital serta menggalakkan penggunaan teknologi dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan pendidikan.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru, murid-murid serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, idea dan sokongan dalam menjayakan usaha ini.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk seluruh warga SUPERB terus berinovasi, memperkukuh amalan digital dan melakar lebih banyak kecemerlangan dalam dunia pendidikan.Tahniah dan syabas, SUPERB …
View on Facebook (opens in a new tab)
SELASA (3 NOVEMBER 2026)🎊🎊𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐏𝐏𝐃 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔🎊🎊Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih atas Jaringan Kerjasama dan Kunjungan Muhibah kepada seluruh rombongan Penolong Kanan PPD Daerah Pasir Puteh atas pelaksanaan Program Sinergi Kolaboratif Penolong Kanan Kokurikulum PPD Daerah Pasir Puteh bertempat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong. Terima kasih dan penghargaan khusus ditujukan kepada 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐉𝐨𝐡𝐚(Pengetua SMAP Bentong) atas kepimpinan, kesudian menerima kunjungan, serta keprihatinan dalam menyempurnakan agenda perkongsian pintar ini dan menyantuni Penolong-penolong kanan Kokurikulum PPD Pasir putih yang diketuai oleh 𝐄𝐧. 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐙𝐚𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐦𝐚𝐭 (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Pasir Puteh), 𝐏𝐧. 𝐒𝐚𝐩𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐫𝐢𝐚 (Pegawai SISC+ Bahasa Melayu Merangkap Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka) serta 𝐏𝐧. 𝐀𝐳𝐥𝐢 𝐍𝐨𝐫𝐢𝐚𝐧𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐦𝐨𝐨𝐝 𝐙𝐮𝐥𝐮𝐝𝐢𝐧 (Pegawai SISC+ Matematik, PPD Pasir Puteh)Tidak dilupa, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada 𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐊 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐤 𝐊𝐨𝐤𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦 yang turut membantu melancarkan perjalanan program.Semoga jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik ini dapat memantapkan lagi pembangunan kepimpinan kokurikulum, memupuk pertukaran idea bernilai, serta memacu kecemerlangan kemenjadian murid di kedua-dua belah pihak.“𝐵𝑒𝑟𝑑𝑎𝑦𝑢𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑦𝑢𝑛𝑔 𝑘𝑒 ℎ𝑖𝑙𝑖𝑟 𝑠𝑢𝑛𝑔𝑎𝑖, 𝑗𝑎𝑙𝑖𝑛𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑡 𝑢𝑘ℎ𝑢𝑤𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑝𝑎𝑖.” …
View on Facebook (opens in a new tab)
Khamis (29/10/2026)Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada SM Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) atas kejayaan meraih Anugerah Aktif Pandai!Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kerjasama, komitmen dan sokongan dalam membimbing serta membantu murid menjawab soalan melalui platform Pandai di Makmal Komputer.Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama seluruh warga sekolah. Semoga semangat kerjasama ini terus diperkukuh bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan pencapaian sekolah pada masa akan datang.Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SUPERB! 💜 …
View on Facebook (opens in a new tab)

Barisan Pentadbir SUPERB

MUHAMMAD JOHA BIN A.WAHAB @ MOHD

Pengetua

FADILAH BINTI ALIAS

Penolong Kanan Pentadbiran

NOORAZLAN BIN MOHAMAD

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

AIZASHARIZAM BIN ABDULLAH ZAWAWI

Penolong Kanan Kokurikulum

Logo Sekolah

Warna latar belakang hitam dan putih :
Mencerminkan warna negeri Pahang Darul Makmur.

Kitab dan rehal :
Imej Al-Quran menggambarkan SUPERB sebagai salah satu sekolah agama dan yang Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) ketiga dalam Malaysia.

Simbol atom :
Mencerminkan kombinasi pemodenan, sains, teknologi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kajian untuk membolehkan pelajar lebih berdaya saing dan produktif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Gading :
Gading menunjukkan harapan dan aspirasi pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga universiti, atau lebih dikenali sebagai ‘Menara Gading’.

Slogan di tengah-tengah lencana (AGAMA, ILMU, AMAL) :
Ia bermakna agama dan kepercayaan adalah sangat penting bagi manusia sebagai khalifah Allah. Adalah menjadi teras dan keutamaan setiap manusia di dunia ini.