KORBAN AIDIL ADHA SUPERB


 Firman Allah, mafhumnya:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Antara kelebihan korban :

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Assalamualaikum. Buat julung kalinya, SUPERB akan menganjurkan Program Ibadah Korban Lembu Aidiladha 1438.  Ketetapan Korban seperti berikut:

Tarikh : 4 Sept 2017
Hari : Isnin 13 ZulHijjah 1438H
Tempat : Superb
Harga sebahagian :RM650

Oleh itu, Pihak BADAR SUPERB ingin membuka TEMPAHAN bahagian korban bagi yang berminat menyertai.
Tempahan boleh terus melalui Guru2 kelas Tuan/Puan ataupun melalui Ajk Ibadah Korban. Semoga majlis julung kali ini dpt memberikan suntikan semangat Ibadah yg kita lakukan.


Sebarang pertanyaan:

UST PUTRA : 0134034964
UST SYED NAHAR : 0132823416

Ulasan