Perkhemahan Kemahiran Siri 1.2016 Pengakap Negeri Pahang

Perkhemahan Kemahiran Siri 1.2016 Pengakap Negeri Pahang pada 13 Mei hingga 15 Mei, 2016 telah disertai oleh 21 orang ahli Pengakap Trup 50 SUPERB bertempat di SMK Gali.
Perkhemahan ini merupakan perkhemahan pengenalan kepada calon-calon Pengakap Raja (CPR) negeri Pahang. Semoga G21 pengakap remaja SUPERB akan tabah dan bersemangat waja untuk melepasi semua ujian dan cabaran sebagai CPR.
Adalah diharapkan SUPERB akan dapat menghasilkan Pengakap Raja pertamanya pada tahun 2017. Insya Allah.








Ulasan