Program Latihan Ilmiah Astronomi Islam UM-SUPERB

POLARIS'15 : Program Latihan Ilmiah Astronomi Islam UM-SUPERB anjuran bersama Kelab Falak & Astronomi SUPERB dan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM telah diadakan pada 8, 9 dan 10 Mei 2015 bertempat di SMAP Bentong (SUPERB).

Seramai lebih kurang 60 orang ahli Kelab Falak SUPERB telah menyertai program tersebut yang dikendalikan oleh 29 orang fasilitator dari kalangan Mahasiswa UM.

Ustaz Mohd Syahiruddin selaku guru penasihat Kelab Falak SUPERB telah mewakili pihak sekolah bagi menyempurnakan acara penutupan program tersebut yang berakhir pada jam 1.30 petang 10 Mei 2015.

Ulasan