Lailatul Mutafawwiqin SUPERB Kali Kedua

Tempat : Dewan Perdana Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB)
Tarikh : 7 November 2013 (Malam)

Alhamdulillah , Lailatul Mutafawiqin SUPERB kali kedua berlangsung dengan jayanya. Lailatul Mutafawwiqin merupakan aktiviti sekolah yang terakhir sebelum para pelajar dan guru mula bercuti.Lailatul Mutafawwiqin dikenali sebagai Malam Anugerah Sistem Rumah atas pencapaian rumah dalam bidang seperti Akademik , Kokurikulum , Sahsiah dan 3K (Kebersihan , Keceriaan dan Keselamatan).Tahniah diucapkan kepada Rumah Al-Battani (Hijau) kerana berjaya mendapat anugerah Rumah Terbaik Akademik , Rumah Al-Zarqali(Merah) kerana berjaya mendapat Anugerah Rumah Terbaik 3K dan Rumah Terbaik Sahsiah serta Rumah Al-Farabi (Kuning) yang berjaya mendapat Anugerah Rumah Terbaik Kokurikulum seterusnya Johan Keseluruhan Tahunan.Tahniah sekali lagi diucapkan.


Pelajar dihidangi hidangan makanan pada Lailatul Mutawwiqin













Para Pentadbir berbincang sebelum masuk ke Dewan Perdana SUPERB



Piala Anugerah 3K dan Sahsiah yang berjaya dirangkul Rumah Al-Zarqali (Merah)




Persembahan Nasyid (P) daripada Rumah Al-Zarqali (Merah) sebagai halwa telinga

Ulasan

  1. ya allah, teringat balik zaman kegemilangan superb yg sungguh ceria dan meriah suatu ketika dulu. haih zaman tuh dah hilang sejak program u.a nih bermula. kami rindu superb yg lama yg sentiase ceria dan bahagia

    BalasPadam
    Balasan
    1. ���������� memang semua orang rindukan SUPERB yg dahulu

      Padam

Catat Ulasan