Permohonan Online ke SBP 2014

Menerusi informasi terkini di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan secara online (atas talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, KPM bagi Sesi 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di  http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.
Permohonan hendaklah menggunakan sistem permohonan dalam talian (online) Tingkatan Satu (1) dan empat (4) melalui e- perkhidmatan laman web rasmi KPM di alamat http://www.moe.gov.my atau terus laman permohonan klik pautan  http://public.moe.gov.my
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sekolah asrama penuh, klik pada url  http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh

Syarat Umum Kemasukan SBP 2014
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
Syarat kelayakan pemilihan minimum SBP tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat kelayakan pemilihan minimum SBP tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum

Ulasan

Catat Ulasan