Peubahan Demi Perubahan

SM Agama Persekutuan Bentong atau ringkasnya SMAP Bentong mula dibuka pada Jun 2012 dengan segala kekurangan dan kelemahan. Namun kini setelah melalui pahit getir sebagai sebuah sekolah yang baru, SM Agama Persekutuan Bentong atau SUPERB (singkatan baru bagi menggantikan SMAP Bentong) mula mengorak langkah untuk menjadi antara sekolah berasrama penuh yang terbaik di Malaysia.

Perubahan Nama Singkatan dari SMAP kepada SUPERB (Melangkaui Kecemerlangan) menjadi titik tolak kepada usaha untuk memperkasakan sekolah ini pada masa akan datang.

Gandingan Mantap Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar SUPERB bakal memacu kecemerlangan SUPERB, insyaallah.

Sejajar dengan perubahan nama singkatan sekolah, maka seharusnya lisan rasmi sekolah di alam maya ini juga berubah. Justeru, kini SUARA SMAPERB dengan rasminya bertukar kepada SUARA SUPERB.
Adalah diharapkan SUARA SUPERB dapat menjadi saluran terbaik untuk sesiapa sahaja mengetahui tentang SUPERB. Bukan sahaja berubah dari segi nama, tetapi insyaallah akan turut berubah dari segi pengisian di dalamnya yang akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa.

Apa yang pasti perubahan demi perubahan akan berlaku terhadap SUPERB.... bermula dengan merangkak, bertatih, perlahan-lahan berlari dan klimaksnya sudah tentu memecut laju menuju hala tuju bagi mencapai VISI dan MISI yang diharapkan.

Ulasan

  1. Didoakan semoga SUPERB akan menjadi Superb dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri...AMin

    BalasPadam

Catat Ulasan