LAWATAN SK MAHMUD RAUB

11 Oktober 2012 - Buat julung-julung kalinya SMAP Bentong menerima pelawat dari luar. SK Mahmud Raub merupakan pelawat pertama yang membuat lawatan ke sini. Seramai 82 orang pelajar tahun 6 dan 7 orang guru pengiring telah tiba di perkarangan SMAP Bentong pada jam 8.30 pagi. Ketibaan mereka telah disambut oleh pentadbir sekolah dan juga kaunselor dan juga PRS dan pengawas SMAP Bentong. Sesi bergambar telah diadakan di perkarangan SMAP Bentong sebelum rombongan dibawa ke dewan besar sekolah.

En. Samsudin bin Mokhtar, GPK HEM telah memberikan taklimat berkenaan sekolah . Pihak rombongan juga telah disajikan dengan persembahan Multimedia sebelum dibawa melawat kawasan sekolah dan asrama.

SMAP Bentong sangat berbesar hati di atas lawatan ini dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SK Mahmud Raub kerana sudi melawat SMAP Bentong.



















Ulasan