Sejarah SMAP Bentong

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong [SUPERB] merupakan sekolah berasrama penuh [SPB] ketujuh di Negeri Pahang. Menariknya lagi SMAP Bentong juga merupakan SMAP pertama di Negeri Pahang dan yang ketiga  di Malaysia selepas SMAP Kajang dan SMAP Labu.

Kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah bermula pada 10 April 2008 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2011 dengan kos pembinaan sebanyak RM 56.6 juta.

SMAP Bentong di atas tanah yang berkeluasan 40 ekar. Keluasan ini cukup untuk menjadikan SMAP Bentong sebagai sebuah sekolah yang mempunyai infrastruktur moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan pembelajaran.

SMAP bentong mula beroperasi sepenuhnya pada 11 Jun 2012 dengan kekuatan kakitangan rintis seramai 20 orang guru dan 8 orang staf.  15 Jun 2012 merupakan hari yang bersejarah bagi SMAP Bentong kerana buat julung-julung kalinya menerima kumpulan pelajar sulong yang terdiri daripada 68 orang pelajar.




Ulasan